Posts

Showing posts from January, 2018

MUDAHNYA BERKONGSI REZEKI DARI ALLAH

Image
Assalamualaikum salam penuh keihklasan dari Ummi Yah... Selamat pagi sayang2 semuaπŸ’πŸŒΉπŸŒΉπŸŒΉ Tersedar dari lena yang mendamaikan di pagi yang dingin, termanggu di katil, merenung muka sang suami dan anak kecilku yang polos. Semalam kami sekeluarga meraikan hari lahirnya yang ke 2 tahun. Allahu, dalam rahimku kini pula terkandung janin yang berusia 7 bulan. In sha Allah lagi 10 minggu sang khalifah bakal lahir. Besarnya pengorbanan suamiku sanggup berulang alik lebih 4 jam sehari di atas jalanraya semata-mata ingin bersamaku dan anak-anak. Desakan kewangan membuatkan aku perlu berusaha untuk menjadi isteri dan ibu yang bijak. Alhamdulillah ku temui Int3tree untuk menjana ekonomi sampingan. Hari ini terpanggil dari hati yang paling dalam untuk berkongsi rezeki bersama insan-insan yang senasib dengan ku, yang berkerja namun tidak boleh mengharapkan kepada gaji yang diterima semata-mata. Ya lah, rezeki Allah tu maha luas dan tidak bertepi. Kehidupan kita hari ini tidak boleh bergantung p

CARA-CARA MEMBUAT LANGSIR JENIS EYELET

Image
PANDUAN  RINGKAS MEMBUAT LANGSIR JENIS EYELET 1.    Untuk langsir yang beralun cantik, sila gandakan 4x ukuran asal tingkap atau sliding anda 2.     Basi di bahagian atas sebanyak 7 inci, untuk balut tape( untuk Nampak kemas sila guna kain keras untuk kolar baju melayu. Saiz lebar blh ikut saiz kegemaran kita dari 4-6 inci) 3.     Basi di bahagain bawah sebanyak 6 inci.  Jadi basi di bahagian atas dan bawah boleh berjumlah 13 inci. Sekiranya langsir siap anda selabuh 110 inci maka anda perlu menggunting kain sepanjang 123 inci. 4.     Lipat di bahagian tepi adalah sebanyak 1-1 1/2 inci. 5.     Mulakan menjahit tape atas dan seterusnya melipat kaki di bahagian bawah. 6.     Setelah itu mulakan proses menebuk lubang eyelet. Untuk menebuk luang eyelet nih secara asasnya kain yang berbidang 60 inci memerlukan 8 biji eyelet bermakna akan dapat 4lekukan yang cantik. Kirakan panjang keseuruhan kain anda kemudian bahagikan dengan 5-7 inci. Anda akan dapat jumlah sebena
Image
Assalamualaikun dan salam penuh ceria di pagi yang indah ini.... Hurm... Dah banyak hari Ummi x menulis yer. Maklum lar anak ummi yang ke 4 tu masuk hospital selama 10 hari kerana bengkak kalenjar limfoma. Allahu dugaan anak sakit nih berat bila kita terpaksa tengok dia menggelupur di saat darah diambil, menahan sakit saat antibiotik dimasukkan melalui drip di tangan mereka, meraung sayu meminta agar menolong mereka di saat dia kesakitan. Luluh hati menyaksikannya. Sebagai ibu kita akan sentiasa mencari yang terbaik untuk anak-anak kita. Sebab utama adalah untuk kita sendiri sebenarnya. Kerana kita percaya seorang anak yang terbentuk dan terdidik dengan baik pasti akan sentiasa membahagiakan kita.  Ibu mana yang tidak bangga bila anak menjadi pelajar terbaik, ibu mana yang tidak bangga kalau menpunyai seorang huffaz, ibu mana yang tidak bangga bila anak berjawatan tinggi, berkereta besar. Ibu mana yang tidak bangga bila anaknya tidak lagi mewarisi kemiskinan yang pernah dia la

UJIANMU KU TEMPUHI DENGAN KEREDHAAN

Image
Assalamualaikum dan salam sejuta rahmatπŸ˜‡        Hari ini hari ke 8 anakku yang ke empat menerima rawatan di HUSM. Ya Allah aku mohon kau permudahkanlah proses penyembuhan anakku... Sesungguhnya segala sesuatu adalah ujian darimu. Bertemu dengan seorang ustazah di sekolah, antara nasihatnya ialah saat kita sakit hanya kita dan suami di uji, tetapi bila anak kita sakit itu adalah ujian untuk semua.                  Termenung seketika dengan pernyataan itu, betapa beban itu patut dikongsi bersama. Alhamdulillah adik beradik semua memberi support yang jitu buat aku dan suami. Begitu juga sahabat di depan mata mahupun di alam maya. Terima kasih atas doa kalian semua. Teriak tangis Uzma memang menyayat hatiku namun itu salah satu dari proses untuk para doktor menolong mu sayang....         Hari ini rakan-rakan peserta ECO akan bertemu dengan 4 Coach hebat, tapi aku tidak dapat mengikutinya kerana permata hatiku lebih memerlukan aku. Selamat belajar sahabat, ada umur kita pasti bersua

ABANG.... PENGORBANAN MU BUKTI KASIH SAYANGMU πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Image
Assalamualaikum dan salam sewangi kasturi dari aku blogger yang baru bertatih. Moga perkongsianku ini mendapat rahmat dari Allah S.W.T.πŸ˜ƒ Azam baru 2018... nak membuat penstrukturan semula diri dan bisnes . So langkah pertama diambil ialah menuntut ilmu. Yup tanpa ilmu siapa lah diri kita kan. Kerana itu aku sanggup korban masa wang dan tenaga untuk setitis ilmu yang pastinya membawa sejuta manfaat untuk aku, suami dan permata hati yang tersayang. Terima kasih untuk teman sebantalku yang sanggup berkorban di saat aku menuntut ilmu, menjaga si kecil Uzma yang sedang demam. Menunggu dengan sabar aku menghabiska dua hari untuk kelas ECO Jan 2018. teringat moment indah sebelum kursus sempat lagi abg sayangku melayan karenah si isteri yang sarat mengandung tetapi teringinkan durian sang raja buah. Bersarapan dengan raja buah kami di pagi Jumaat yg mulia. Kerana kelangsungan hidup yang mendesak dan kebaikan produk yang wajib dikongsi aku tekadkan diri bulatkan hati untuk berjuang. Baga

IMPIAN SEMAKIN JELAS SELEPAS ILMU DI GALI DI SEMINAR EPISOD CANGKUK ONLINE 2018

Image
Assalamualaikum dan sudilah terima diriku sebagai seorang blogger baharu. Alkisah, disebabkan oleh bila nak tido teringat pesanan kerja rumah (HOMEWORK) Coach Safriza, aku gagahkan diri ambil juga langkah buat-buat tanya dalam grup ECO, macam mana nak buat blog sebab notaku dah hilang dek kerana mengejar masa masa nak balik ke BACHOK 😭😭.  Direzekikan Allah, salah seorang peserta ECO sanggup mengambil tanggungjawab utk bantu ibu mengandung nih.... maka terhasil nukilan pertama dariku. Buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar kalau salah tolonglah betulkan.... Terjun ke dalam bisness online dengan tanpa secubitpun ilmu membuat aku buat kerja hentam keromo. Bermula dengan user terus melompat kepada agen, stokis junior n seterusnya stokis.  hari ini pencarian ilmu terus ku redah... dari Kelantan ke Terengganu mencari team insan hebat Nur Fadzliah. Alhamdulillah byk ilmu yg di ceduk walaupun aku umpama si buta yg br