CARA-CARA MEMBUAT LANGSIR JENIS EYELET

PANDUAN  RINGKAS MEMBUAT LANGSIR JENIS EYELET

1.   Untuk langsir yang beralun cantik, sila gandakan 4x ukuran asal tingkap atau sliding anda

2.    Basi di bahagian atas sebanyak 7 inci, untuk balut tape( untuk Nampak kemas sila guna kain keras untuk kolar baju melayu. Saiz lebar blh ikut saiz kegemaran kita dari 4-6 inci)

3.    Basi di bahagain bawah sebanyak 6 inci.  Jadi basi di bahagian atas dan bawah boleh berjumlah 13 inci. Sekiranya langsir siap anda selabuh 110 inci maka anda perlu menggunting kain sepanjang 123 inci.

4.    Lipat di bahagian tepi adalah sebanyak 1-1 1/2 inci.

5.    Mulakan menjahit tape atas dan seterusnya melipat kaki di bahagian bawah.

6.    Setelah itu mulakan proses menebuk lubang eyelet. Untuk menebuk luang eyelet nih secara asasnya kain yang berbidang 60 inci memerlukan 8 biji eyelet bermakna akan dapat 4lekukan yang cantik. Kirakan panjang keseuruhan kain anda kemudian bahagikan dengan 5-7 inci. Anda akan dapat jumlah sebenar berapa eyelet yang diperlukan. Pastikan eyelet dalam jumlah yang genap yer
7.    Lukis bulatan mengikut saiz eyelet yang anda hendak gunakan dan mengikut jarak ukuran yang telah anda bahagi untuk memastikan lekukan yang tehasil sama saiznya.

8.    Dah siap lukis tebuk lubang eyelet anda dengan menggunakan gunting yang tajam. Seterusnya pasangkan eyelet anda. Jangan lupa gunakan plastik penyambung yang dibekalkan bersama ayelet yang anda beli untuk memastikan lekuk anda nampak kemas dan tegak.

9. Dah siap anda boleh lah menggantungkan langsir yang anda buat sendiri tetapi hasil seolah-olah anda tempah di kedai2 langsir yang terkemuka.

P/s dengan ekonomi sekarang semua orang nak berjimatkan…


langsir di "main entrance"

Comments

Popular posts from this blog

KENALI APA ITU INT3TREE